Spanar_Jaya_X

Spanar Jaya X ialah sebuah siri televisyen komedi Malaysia 2019 arahan Ahmad Idham. Siri ini diterbitkan oleh Enfiniti Production dan merupakan reboot kepada siri asal Spanar Jaya ciptaan Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari yang ditayangkan dari 1999 hingga 2005.[1][2] Spanar Jaya X disiarkan sempena ulang tahun ke-20 siri komedi ini dan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 bermula 2 Februari 2019 hingga 27 April 2019.Siri ini juga diterbitkan khas untuk salah seorang pelakon asal Spanar Jaya Zaibo, yang meninggal dunia pada November 2018, tiga bulan sebelum Spanar Jaya X ditayangkan.

Spanar_Jaya_X

Lagu penutup "Spanar Jaya X" oleh Kapow
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Tiara Jacquelina
Pengarah Ahmad Idham
Lagu pembukaan "Spanar Jaya X" oleh Kapow
Penerbit Dale Majid
Penggubah lagu tema AG Coco
Syarikat penerbitan Enfiniti Productions
Tempoh siaran 30 minit
Lokasi Jelas Juta Studio
Siaran asal 2 Februari 2019 – 27 April 2019
Bilangan episod 13
Berdasarkan daripada Spanar Jaya oleh Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari
Penyunting Muhamed Sufiandin Wahid
Rancangan berkaitan Spanar Jaya
Dibintangi oleh
Genre Komedi
Bilangan musim 1
Ditulis oleh
  • Deen Ali
  • Ainfazrin Azizul
  • Nurulsyahida Mohd Fadzil
  • Eddie Mazlan
  • Topokki
Saluran asal TV3