Sparta
Sparta

Sparta

Koordinat: 37°4′55″N 22°25′25″E / 37.08194°N 22.42361°E / 37.08194; 22.42361Sparta (Dorik Σπάρτα; Attic Σπάρτη Spartē) ialah negara kota di Yunani yang terletak di Eurotas di bahagian selatan Peloponesia.[1] Dari sekitar 650 SM, ia bangkit menjadi sebuah kuasa tentera yang paling berpengaruh di kawasan itu dan justera, diakui sebagai ketua gabungan tentera Yunani semasa Perang Yunani-Parsi.[2] Hamba yang merupakan penghuni yang terbanyak di Sparta (melebihi 80% daripada jumlah penduduk, menurut Herodotus),[3] sentiasa diaibkan sebagai sebahagian upacara amal. Semasa upacara Crypteia, mereka boleh dibunuh secara sah oleh warga Sparta.[4][5][6] Antara 431 hingga 404 SM, Sparta menjadi musuh utama Athens semasa Perang Peloponesia.[7]Menjelang 362 SM, peranan Sparta sebagai kuasa tentera yang terpengaruh di Greece sudah tamat. Walaupun ia merupakan negara yang agak zalim berbanding dengan kebanyakan negara Eropah yang lain, ideal-ideal Sparta telah dikagumi lalu diterima dan diamalkan di seluruh Eropah, walaupun pada tahap yang tidak sangat berketerlaluan. Kekaguman terhadap Sparta dikenali sebagai lakonofilia.[8][9]