Spring_(kugiran)

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan rock di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kumpulan yang berasal dari Besut, Terengganu ini mula meniti puncak populariti apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu, Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgenvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 album studio dan beberapa album kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhannya dan menjadi salah satu dari artis Malaysia yang merekodkan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.