Sri_Krishna
Sri_Krishna

Sri_Krishna

Dewa Krishna (/ˈkrɪʃnə/; Sanskrit: कृष्ण, Kṛṣṇa in IAST, pronounced [ˈkr̩ʂɳə]) dianggap sebagai dewa yang agung, disembah oleh banyak tradisi Hinduisme dalam pelbagai perspektif. Krishna ialah jelmaan (Avatar) kelapan Mahavishnu. Krishna juga menjadi Tuhan Yang Agung dalam beberapa tradisi. Sri Krishna memainkan peranan penting dalam epik Mahabharata. Dialog antara Krishna dan Arjuna dalam Mahabharata yang dikenali sebagai Bhagavadgita telah menerima status Veda kelima dalam agama Hindu. Sri Krishna juga merupakan Tuhan yang paling popular dalam zaman moden. Sejak kurun ke-10 Masihi, Krishna menjadi subjek yang digemari dalam pelbagai bidang seni dan tradisi tempatan. Tradisi Bhakti yang unik telah kembang bagi pelbagai rupa berlainan Krishna, seperti Jagannatha di Odisha, Vithoba di Maharashtra, dan Srinathji di Rajasthan. Sejak tahun 1960an, penyembahan Krishna telah berkembang ke negara-negara Barat, terutamanya disebabkan gerakan International Society for Krishna Consciousness. Krishna sering digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang memakan mentega, seorang budak yang memainkan seruling, seperti yang terkandung dalam Bhagavata Purana, atau sebagai seorang dewasa yang memberikan ajaran rohani kepada Arjuna dalam Bhagavadgita. Riwayat Krishna tersebar dalam pelbagai aspek falsafah dan teologi tradisional Hindu. Krishna juga digambarkan dalam pelbagai perspektif: seorang dewa muda (Bala Gopala), seorang budak nakal (Gopala, Damodara), seorang kekasih yang ideal (Madhava), seorang hero (Vasudeva Krishna), dan Tuhan Maha Berkuasa. Kitab-kitab utama yang mengandungi riwayat Sri Krishna ialah Mahabharata, Bhagavad Purana dan Vishnu Purana. Smriti

Berkaitan