Stadio_Renato_Dall'Ara
Stadio_Renato_Dall'Ara

Stadio_Renato_Dall'Ara

Stadio Renato Dall'Ara merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Bologna, Itali. Stadium ini kini banyak digunakan untuk perlawanan bola sepak dan merupakan gelanggang rumah bagi kelab Bologna F.C. 1909. Stadium ini dibina pada 1927 dan mempunyai kapasiti sebanyak 38,279. Sebelum itu, stadium ini diberi nama Stadio Littoriale bagi menggantikan Stadio Sterlino.[1]Perlawanan antara England dan Belgium yang berkesudahan England menang 1-0pada 26 Jun 1990 pada pusingan 16 Piala Dunia 1990 merupakan perlawanan terakhir kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Bologna.[2] Stadium ini juga menyaksikan gol terpantas dijaringkan pada aksi kelayakan Piala Dunia 1994 yang dijaringkan oleh Davide Gualtieri dari San Marino dengan hanya mengambil masa 8.3 saat untuk meletakkan pasukannya di hadapan pasukan lawan, England. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada England 7–1.[3]Stadium ini juga mengacarakan perlawanan antarabangsa ragbi.

Stadio_Renato_Dall'Ara

Pemilik Kawasan perbandaran Bologna
Permukaan Rumput
105x68m
Nama lama Stadio Littoriale (1927–1945)
Stadio Comunale (1945–1983)
Pecah tanah 1925
Lokasi Bologna, Itali
Dibuka 1927
Kapasiti 38,279