Stadium_Gelora_Sriwijaya
Stadium_Gelora_Sriwijaya

Stadium_Gelora_Sriwijaya


Stadium Gelora Sriwijaya juga dikenali sebagai Stadium Jakabaring, adalah stadium pelbagai guna yang terletak di Bandar kompleks Sukan Jakabaring di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Ia kini digunakan kebanyakannya untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini mampu menampung 40,000 penonton. Pembinaan bermula pada 2001 dan siap pada tahun 2004, untuk menjadi tuan rumah Sukan Negara 2004 di Palembang. Ia adalah stadium keempat terbesar di Indonesia, selepas Gelora Bung Karno di Jakarta, Stadium Palaran di Samarinda dan Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya. stadium pada mulanya dinamakan sebagai stadium Jakabaring sempena lokasi stadium di selatan pinggir bandaraya Palembang. Namun kemudian stadium telah ditukar nama kepada "Gelora Sriwijaya", untuk menghormati dan meraikan empayar Srivijaya abad ke-7-13 di Indonesia.