Stadium_Tan_Sri_Dato'_Haji_Hassan_Yunos
Stadium_Tan_Sri_Dato'_Haji_Hassan_Yunos

Stadium_Tan_Sri_Dato'_Haji_Hassan_Yunos

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1] Stadium yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Pada 2013, Perbadanan Stadium Johor telah menyerahkan stadium ini dengan hakmilik penuh kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor dengan diselenggara oleh Johor Corporation.Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos kini memiliki keupayaan menampung 28,000 penonton dengan 22,000 tempat duduk.[2]

Stadium_Tan_Sri_Dato'_Haji_Hassan_Yunos

Dibina 1964
Pemilik Persatuan Bolasepak Negeri Johor
Permukaan Rumput
Pecah tanah 1964
Lokasi Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Diperbesarkan 1991 / 2013
Kapasiti
  • 15,000 (1964-1991)
  • 30,000 (1991-2013)
  • 28,000 (2013-sekarang)
Kos pembinaan RM 50 juta (kos ubahsuai) RM10juta (kos ubahsuai 2013)
Diubahsuai 1991 / 2013
Papan mata Papan Digital
Pengendali Johor Corporation