Sejarah Stadium_Tan_Sri_Dato'_Haji_Hassan_Yunos

Pada tahun 1964, sekeping tanah sepanjang Jalan Dato Jaafar di Larkin, telah dikenal pasti sebagai pembinaan stadium negeri. Stadium pelbagai guna ini dinamakan sempena Tan Sri Hassan Yunos, yang merupakan Menteri Besar dari tahun 1959 sehingga 1967.

Stadium ini pada awalnya hanya mampu menampung seramai 15,000 penonton apabila ia dibuka pada pertengahan 1960-an. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Perbadanan Stadium Johor, dan stadium ini sentiasa dipertingkatkan dan diubah suai sejak tahun 1991.

Pada tahun 1991, lebih RM50 juta dibelanjakan bagi meningkatkan stadium ini dan ia diperbesarkan dan mampu menampung seramai 30,000 penonton.

Selepas DYAM Tunku Mahkota Johor mengambil alih tampuk Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada 2012, Baginda berkenan untuk menaiktaraf stadium dengan anggaran kos RM10juta iaitu meliputi hampir 50% ubahsuai dalaman dan infrastruktur termasuk bilik persalinan dan ruang dalaman yang eksklusif. Pada tahun sama, Perbadanan Stadium Johor yang asalnya merupakan pemilik telah menyerahkan sepenuhnya stadium berkenaan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Pada 19 Oktober 2019,Perlawanan Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim menentang Selangor merupakan perlawanan terakhir di stadium ini dengan keputusan 2-1.Sewaktu menyanyikan Lagu Bangsa Johor,Boys Of Straits (BOS) telah mengangkat sebuah sepanduk yang menunjukan rupa depan stadium tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir kepada stadium ini.