Stadium_Tuanku_Abdul_Rahman
Stadium_Tuanku_Abdul_Rahman

Stadium_Tuanku_Abdul_Rahman

Stadium Tuanku Abdul Rahman merupakan sebuah stadium serbaguna di Paroi, Negeri Sembilan, Malaysia terletak di Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya[3]. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini mampu memuatkan 45,000 orang, dimana 5,000 untuk bahagian berbumbung dan 40,000 untuk bahagian tidak berbumbung [4]. Stadium ini bersempena nama Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.