Stadium_Tun_Abdul_Razak

Stadium Tun Abdul Razak ialah stadium bola sepak khusus di Bandar Pusat Jengka, Pahang, Malaysia. Stadium ini mampu menampung sebanyak 25,000 orang dan dibuka pada tahun 2015. Ia dinamakan sempena bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Felda United F.C. telah menjadi tuan rumah untuk stadium ini. Stadium ini telah digunakan buat kali pertama bagi perlawanan akhir Piala Pengerusi Felda 2015, antara Felda Wilayah Jengka dan Felda Wilayah Gua Musang.