Star_Wars
Star_Wars

Star_Wars

Star Wars (Tulisan Jawi: ستار وارس; "Perang Bintang”) ialah sebuah nama gabungan enam filem cereka sains yang diarahkan oleh George Lucas dari Amerika Syarikat. Siri filem ini bermula pada tahun 1977 dan yang terkini pada tahun 2018. Semenjak siri ini dihasilkan, filem ini telah menjadi sebuah fenomena budaya dan menghasilkan banyak penghasilan filem, buku, permainan, siri televisyen dan banyak barangan perniagaan lainnya. Pada tahun 2005, majalah Forbes menganggarkan bahawa hasil perdagangan yang berasaskan Star Wars dalam masa 28 tahun ini telah mencapai hampir US$20 juta. Dengan ini, secara perdagangan, filem Star Wars boleh dianggap sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah.Cerita tentang Star Wars ini tempatnya berada di luar angkasa dan menggunakan motif-motif cerita pola asas yang biasa dijumpai baik dalam cerita cereka sains (science fiction) mahupun mitos klasik. Star Wars ialah sebuah contoh bagus "opera antariksa" dan merupakan sebuah sub-genre cereka sains.