Stephen_Rahman-Hughes

Stephen Rahman-Hughes ialah seorang pelakon United Kingdom yang terkenal di kalangan peminat seni Malaysia kerana berlakon sebagai Hang Tuah dalam muzikal Puteri Gunung Ledang pada tahun 2006, dan juga sebagai Merong Mahawangsa dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Beliau berketurunan kacukan Inggeris-Wales dan Melayu.