Stesen_Keretapi_Kuala_Lumpur
Stesen_Keretapi_Kuala_Lumpur

Stesen_Keretapi_Kuala_Lumpur

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.

Stesen_Keretapi_Kuala_Lumpur

Capaian OKU Ya
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnyaKeretapi Tanah Melayu (ETS)
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnya
menghala ke Batu Caves atau KL Sentral
Laluan Seremban
(Waktu puncak sahaja)
menghala ke Pulau Sebang/Tampin atau Sentul
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
(Waktu puncak sahaja)
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Platinum
Stesen terakhir
menghala ke Ipoh
ETS Gold
Stesen terakhir
menghala ke Padang Besar
menghala ke KL Sentral atau Gemas
menghala ke Butterworth
menghala ke Gemas
menghala ke Butterworth
Stesen terakhir
menghala ke Ipoh
ETS Silver
Stesen terakhir
Platform 3:2 platform sisi dan 1 platform tengah.
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Dibina semula 1910
Koordinat 3°8′22″N 101°41′36″E / 3.13944°N 101.69333°E / 3.13944; 101.69333
Jenis struktur Atas Tanah
Lokasi Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur, Malaysia.
Dibuka 1886
K. letak kenderaan Ada.
Landasan 4
Dielektrikkan 1 2 1995
Aliran/laluan 1 Laluan Seremban
2 Laluan Pelabuhan Klang
 ETS  Laluan ETS
Nama lain كوالا لمڤور (Tulisan Jawi)