Stesen_MRT_City_Hall
Stesen_MRT_City_Hall

Stesen_MRT_City_Hall

Stesen MRT City Hall (NS25/EW13) ialah stesen pertukaran melintasi platform untuk Laluan MRT Utara Selatan dan Laluan MRT Timur Barat di Singapura. Stesen ini dibuka pada 12 Disember 1987 dan menjadi stesen pertukaran pada 4 November 1989.Stesen ini diletakkan di bawah persimpangan Stamford Road dan North Bridge Road di dalam Downtown Core. Stesen MRT City Hall merupakan salah sebuah stesen yang sentiasa sibuk disebabkan ia stesen pertukaran dan stesen diletakkan di hati bandar Singapura. Monumen City Hall berdekatan dengan stesen tersebut.Stesen ini mempunyai tiga tempat masuk dan keluar. Exit A dihubungkan dengan Pusat Membeli-belah Raffles City, manakala Exit B menuju ke North Bridge Road di atas stesen. Exit C dihubungkan dengan Pusat Membeli-belah CityLink Mall (bawah tanah), memberikan akses ke Suntec City and Convention Centre, Marina Square, Esplanade – Theatres on the Bay dan  CC3  Esplanade.Orang ramai yang berkumpul di stesen ini semasa waktu puncak hanya dikalahkan oleh Orchard dan mungkin Dhoby Ghaut, Jurong East, Tampines, Yishun, Tanjong Pagar dan Outram Park.Stesen ini merupakan salah satu stesen untuk muncul dalam Monopoly Edisi Singapura. Ia juga dicakapkan tentang oleh filem 2009 Bahasa Inggeris Whiteout.

Stesen_MRT_City_Hall

Capaian OKU Ya
Kod stesen NS25 / EW13
Platform Pulau
Dimiliki oleh Land Transport Authority (LTA)
SMRT Corporation
Koordinat 1°17′35.66″N 103°51′7.99″E / 1.2932389°N 103.8522194°E / 1.2932389; 103.8522194
Jenis struktur Bawah Tanah
Sambungan Bas, Teksi
Lokasi 150 North Bridge Road
Singapore 179100
Dibuka 12 Disember 1987
Landasan 4
Stesen sebelumnya Mass Rapid Transit Stesen berikutnya
Stesen sebelumnya Mass Rapid Transit Stesen berikutnya
menghala ke Jurong East
Laluan North South
menghala ke Marina Bay
menghala ke Pasir Ris
Laluan East West
menghala ke Joo Koon
Aliran/laluan
Tingkat platform 4