Stesen_Monorel_Maharajalela
Stesen_Monorel_Maharajalela

Stesen_Monorel_Maharajalela

Stesen Monorel Maharajalela ialah sebuah stesen monorel bertingkat yang membentuk sebahagian KL Monorail (KL Monorail) di Kuala Lumpur. Stesen ini dinamakan sempena Jalan Maharajalela, terletak di atas laluan arah tenggara Jalan Maharajalela, di sebelah barat daya Stadium Merdeka dan beberapa ratus meter dari selatan bandar lama Kuala Lumpur, termasuk Jalan Petaling.Stesen ini ada tiga pintu keluar, dua daripadanya menghala ke utara dan selatan Jalan Maharajalela, dan satu lagi di sebelah timur laut ke arah tempat letak kereta Stadium Merdeka. Hanya pintu masuk utara Jalan Maharajalela yang dilengkapi tangga bergerak ke atas, selebihnya cuma ada tangga biasa.