Stesen_keretapi_Rembau

Stesen keretapi Rembau merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di hujung barat Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Stesen ini terletak berhampiran dengan Pekan Rembau dan Perhentian Bas Rembau yang menyediakan perkhidmatan bas Seremban-Tampin (City Liner, Southern, Bas Mini dan Rembau Liner). Sebelum ini stesen keretapi ini telah tidak aktif dimana keretapi tidak lagi singgah di stesen ini dan di anggap stesen keretapi yang sudah mati. Tetapi pada awal 2009 stesen keretapi ini telah diberi nafas baru di mana ia akan di naik taraf menjadi sebuah stesen komuter moden berikutan Projek Landasan Berkembar Seremban-Gemas. Ini akan memudahkan perjalanan ke Seremban mahupun Kuala Lumpur dan dapat memendekkan perjalanan.