Steve_Wozniak
Steve_Wozniak

Steve_Wozniak

Stephan Gary "Woz" Wozniak (lahir 23 Ogos 1950) ialah jurutera komputer Amerika Syarikat serta pengasas Apple Computer (kini Apple Inc.), bersama-sama dengan Steve Jobs. Rekaan dan mesin-mesinnya telah diberikan penghargaan kerana banyak menyumbangkan kepada revolusi komputer peribadi pada dekad 1970-an. Wozniak mencipta komputer Apple I dan Apple II pada pertengahan 1970-an, dengan Apple II mencapai kepopularan yang besar dan merupakan salah satu komputer peribadi yang terlaris pada dekad 1970-an dan awal 1980-an.