Steven_Spielberg
Steven_Spielberg

Steven_Spielberg

Steven Allan Spielberg (lahir 18 Disember 1946)[1] ialah seorang pengarah dan penerbit filem berbangsa Amerika Syarikat. Spielberg ialah seorang pemenang Anugerah Academy tiga kali dan juga pembikin filem yang paling banyak memperoleh hasil jualan, iaitu hampir $8 bilion dari seluruh dunia. Majalah Forbes merangka hasil bersih Spielberg pada $3 bilion.[2] pada tahun 2006, Majalah Premiere menyenaraikan beliau sebagai tokoh yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam industri perfileman. Majalah TIME pula menyenaraikan beliau dalam senarai '100 Greatest People of the Century'. Pada penghujung abad ke-20 majalah LIFE menggelar beliau sebagai tokoh paling berpengaruh dalam generasi beliau.[3]Sepanjang kerjaya yang hampir mencecah 40 tahun ini, filem-filem Spielberg telah menyentuh pelbagai tema dan genre. Ketika era 1970-an, 1980-an, dan 1990s-an, tiga judul filem beliau, Jaws, E.T., dan Jurassic Park menjadi filem yang paling banyak hasilnya pada masa keluaran masing-masing. Ketika tahun-tahun terawal beliau sebagai pengarah, filem-filem sains fiksyen dan pengembaraan beliau sering dilihat sebagai contoh kepada pembikinan blokbuster Hollywood moden. Kebelakangan ini, beliau telah menangani isu-isu yang banyak dikuasakan emosi seperti Holocaust, perhambaan, peperangan dan keganasan.

Steven_Spielberg

Pasangan Amy Irving (1985-1989)
Kate Capshaw (1991-)
Anugerah Saturn Award for Best Direction
1977 Close Encounters of the Third Kind
1981 Raiders of the Lost Ark
1993 Jurassic Park
2002 Minority Report
Saturn Award for Best Writing
1977 Close Encounters of the Third Kind
2001 Artificial Intelligence: AI
NBR Award for Best Director
1987 Empire of the Sun
AFI Life Achievement Award
1995 Lifetime Achievement
Anak Max Spielberg (b.1985)
Theo Spielberg (b.1988, anak angkat)
Sasha Spielberg (b.1990)
Sawyer Spielberg (b.1992)
Mikaela Spielberg (b.1996, anak angkat)
Destry Spielberg (b.1996)
Tahun aktif 1968 - present
Kelahiran Steven Allan Spielberg
(1946-12-18) 18 Disember 1946 (umur 73)