Strabo
Strabo

Strabo

Strabo ("juling") ialah istilah yang diberikan oleh orang Rom kepada orang-orang yang juling. Ayah-ayah Julius Caesar dan Pompey Agung masing-masing digelarkan "Gaius Julius Caesar Strabo" dan "Pompeius Strabo". Seorang anak kelahiran Sicily yang mempunyai penglihatan yang amat jelas sehingga dapat melihat benda-benda dari jarak yang amat jauh seolah-olah benda-benda itu di hadapannya, juga digelarkan "Strabo." Orang lain yang bernama Strabo termasuk Gaius Julius Caesar Strabo Vopiscus (dari keluarga Julii Caesares), Walahfrid Strabo, dan Theodoric Strabo.Tokoh paling penting yang bernama Strabo (bahasa Yunani: Στράβων (63/64 SM - k.k. 24 Masihi) ialah seorang ahli sejarah, ahli geografi, serta ahli falsafah. Pada hari ini, Strabo paling diingati untuk karya 17-jilidnya, Geographica, yang membawa maksud harfiah, "Geografi". Karya itu memberikan sejarah perihalan tentang orang dan tempat bagi kawasan-kawasan di dunia yang diketahui pada zamannya.Strabo dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya di Amaseia, Pontus (kini merupakan sebahagian Wilayah Amasya, Turki moden), ketika tempat kelahirannya itu baru-baru sahaja menjadi sebahagian Empayar Rom. Beliau belajar di bawah berbagai-bagai ahli geografi dan ahli falsafah, mula-mulanya di Nysa, dan kemudiannya di Rom. Dari segi falsafah, Strabo adalah seorang penyokong Stoisisme dan dari segi politik, beliau merupakan penyokong Imperialisme Rom. Beliau kemudian membuat perjalanan yang luas ke Mesir dan Ethiopia, antara lain. Tidaklah diketahui bilanya Geografi ditulis, walaupun komen-komen dalam karya itu meletakkan versi siapnya pada pemerintahan Maharaja Tiberius. Sesetengah orang menetapkan draf-draf pertamanya pada sekitar 7 Masihi, sedangkan ada orang juga yang menetapkannya pada sekitar 18 Masihi. Karya Geografi itu juga menyebut kematian Juba, raja Maurousia, pada 23 Masihi.Hampir semua bahagian karya Sejarah telah hilang. Walaupun Strabo sendiri menyebutnya, dan penulis-penulis klasik yang lain mengatakan karya itu wujud, dokumen tunggal yang masih wujud ialah satu serpihan manuskrip papirus yang kini disimpan oleh Universiti Milan (dinomborkan semula sebagai [Papirus] 46).Banyak tarikh yang berbeza telah dicadangkan untuk kematian Strato, tetapi kebanyakannya menetapkan tarikh itu tidak lama selepas 23 Masihi.