Streamyx
Streamyx

Streamyx

Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di Malaysia [1] yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd) melalui anak syarikatnya TM Net.TM Net diasaskan pada tahun 1995 oleh Telekom Malaysia Bhd, kini dikenali sebagai TM Bhd. Mula-mulanya TM Net menawarkan perkhidmatan internet berdail-masuk selaju 56kbps. Ujian xDSL pertama dijalankan oleh TM melalui sistem HiS yang dilancarkan bersama syarikat Ericsson pada tahun 1999. Streamyx akhirnya dilancarkan pada April 2001 pada kelajuan 384kbps.Pada Jun 2007, TMnet melancarkan khidmat 4Mbps, iaitu yang paling laju di bawah jenama Streamyx.[2][3]Kini kelajuan maksima untuk Streamyx adalah 8Mbps Pada 24 Mac 2010, TM melancarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 20Mbps di bawah nama UniFi, dan tidak tergolong dalam pakej Streamyx.Berikut adalah perbezaan harga pakej Streamyx dan UniFi