Sufian_Suhaimi

Sufian bin Haji Suhaimi[1] (lahir 3 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi di Malaysia yang popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu".Lagu "Terakhir" dan "Di Matamu" turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan Anugerah Juara Lagu ke-33[2] yang berlangsung masing-masing pada tahun 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya iaitu Sirkhan dan Rinkarnaen.[3]