Dalam bidang
sains fizikal,
suhu dan tekanan piawai (juga dikenali secara tidak formal dalam singkatan
STP) merupakan set keadaan piawai bagi pengukuran uji kaji untuk membolehkan perbandingan antara data. Kebanyakan daripada piawai-piawai ini ditentukan oleh
Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) dan
Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan walaupun terdapat pelbagai piawaian yang lebih umum serta diterima komuniti saintis. Dalam bidang
kimia, definisi IUPAC untuk suhu dan tekanan piawai adalah pada
suhu 273.15
K (0 °C, 32 °F) dan pada
suhu mutlak 100
kPa (14.504
psi, 0.986 atm, 1 bar),
[1]. Nilai piawai yang biasanya digunakan (tetapi tidak diiktiraf IUPAC) ialah suhu dan tekanan ambien piawai (SATP) iaitu suhu 298.15 K (25 °C, 77 °F) dengan tekanan mutlak 100 kPa (14.504 psi, 0.986 atm). STP dan SATP tidak harus dikelirukan kerana STP biasanya digunakan dalam tindak balas
termodinamik Tenaga Bebas Gibbs. NIST mengiktirafkan suhu 20 °C (293.15 K, 68 °F) dan tekanan mutlak 101.325 kPa (14.696 psi, 1 atm) sebagai piawai. Manakala Keadaan Metrik Antarabangsa Piawai yang digunakan untuk gas asli dan bendalir ialah 288.15 atau 101.325 kPa.
[2]Di dalam
kimia, istilah
suhu dan tekanan piawai (singkatan STP) merujuk kepada suhu tepat 0°
C (273.15
K) dan
tekanan 1
atm (101.325
kPa). Nilai-nilai ini merujuk kepada
titik lebur air dan tekanan atmosfera pada
aras laut.Istilah ini tidak patut dikelirukan dengan istilah
keadaan bilik.