Sukan_Asia_Tenggara_1989
Sukan_Asia_Tenggara_1989

Sukan_Asia_Tenggara_1989

Sukan Asia Tenggara 1989 atau Sukan Asia Tenggara ke-15 telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Ogos - 31 Ogos 1989. Temasya ini dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-9. Walaupun Kemboja tidak mengambil bahagian, Laos kembali mengambil bahagian dalam temasya Sukan SEA kali pertama di bawah sebuah persekutuan baru pada edisi kali ini. Vietnam juga mengesahkan tempat untuk mengambil bahagian buat kali pertama.