Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020

Sukan Olimpik Musim Panas 2020, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII[2] dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020, ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi IOC ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013.[3] Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.

Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020

Stadium Stadium Olimpik Kebangsaan
Bandar tuan rumah Tokyo, Jepun
Penyertaan negara 206 (dijangka)
Upacara perasmian 24 Julai
Upacara penutupan 9 Ogos
Cogan kata Discover Tomorrow
未来をつかもう (みらいをつかもう) ('mirai o tsukamō')[1]