Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk
Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk

Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk

Sukan Olimpik Musim Sejuk merupakan temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan yang dipertandingkan ialah sukan musim sejuk, iaitu sukan yang melibatkan ais atau salji.Negara peserta (Jawatankuasa Olimpik Negara) menghantar atlet-atlet yang bertanding untuk meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam acara-acara. Namun, jumlah atlet yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk jauh kurang daripada Sukan Olimpik Musim Panas. Hal ini kerana tidak semua negara mengalami musim sejuk kerana faktor geografi.