Suku Mandailing
Suku Mandailing

Suku Mandailing

Suku Mandailing adalah salah satu Etnik di Asia Tenggara yang pesebaran penduduknya berada di Perak dan Selangor untuk di Malaysia dan asal muasal mereka berasal dari Sumatera Utara, Indonesia. Biarpun berbeda bangsa, Orang Mandailing Malaysia dan Orang Mandailing Indonesia tetap bersilaturrahim dengan baik.[3]Orang Mandailing didefinisikan sebagai mereka yang bermarga Nasution, Lubis, Pulungan, Batubara, Rangkuti, Daulae, Parinduri, Dalimunte, dan Matondang sahaja seperti ketetapan Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia 1926 dan keturunan yang berpecah daripada sembilan marga tadi (i.e. Mardia daripada Rangkuti). Orang Mandailing adalah berbeza dengan orang Batak yang tinggal di Mandailing atau disebut Batak Mandailing yang terdiri daripada marga seperti Hasibuan, Harahap, dan Siregar. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia. Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk getah, kulit kayu manis, kopi dan melombong emas. Mereka terkenal dengan tradisi persuratan dan sembilan gendang besar yang disebut Gordang Sambilan.Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini. hal ini disebabkan karena perbedaan agama, kerana rata-rata orang Batak menganut agama Kristen sedangkan orang Mandailing kebanyakan menganut agama islam. Patung Sangkalon yang menjadi lambang keadilan dalam masyarakat Mandailing sering disalah anggap oleh masyarakat luar. Patung yang dipanggil 'si pangan anak si pangan boru' yang bermaksud 'si pemakan anak lelaki, si pemakan anak perempuan' ini dijadikan tohmahan bahawa kaum Mandailing adalah kaum pemakan daging manusia. Padahal maksud sebenar perumpamaan ini ialah setiap keadilan mesti ditegakkan meskipun terpaksa membunuh anak sendiri.