Gambaran Sukun

Pokok sukun boleh mencapai ketinggian 85 kaki/26 meter. Kesemua bahagian pokok Sukun menghasilkan getah yang boleh digunakan bagi menyalut bot. Pokok Sukun ialah pokok berjantina ("monoecious") dengan bunga jantan dan betina tumbuh pada pokok yang sama. Bunga jantan mekar dahulu diikuti tidak lama kemudian oleh bunga betina yang kemudian tumbuh menjadi "capitulum", yang mampu mendebunga hanya tiga hari berikutnya. Pendebunga Dunia Lama ialah keluang dalam keluarga Pteropodidae. Bunga palsu, sebatiuan berkembang daripada ("perianth") yang membengkak dan berasal daripada 1,500-2,000 bunga. Ini dapat dilihat pada kulit buah seperti cakera berbentuk hexagon.

Pokok Sukun merupakan sejenis tumbuhan yang tidak bermusim. Namun, ia mempunyai puncak pengeluaran bunga dan buah utamanya sebanyak dua kali setahun. Musim bunganya adalah antara Februari hingga Mac dan antara Julai hingga Ogos. Manakala musim buahnya dituai adalah antara April hingga Jun dan antara Oktober hingga November.

Buah Sukun - Sempurna, dipotong memanjang, dan keratan rentas

Buah Sukun

Pokok Sukun merupakan pokok makanan yang paling banyak keluarannya, dengan sebatang pokok mampu mengeluarkan melebihi 200 buah semusim. Di Pasifik Selatan, pokok Sukun mampu menghasilkan antara 50 hingga 150 buah setahun. Di India selatan, pengeluaran buah ialah sekitar 150 hingga 200 biji setahun. Penghasilan bergantung antara kawasan kering dan lembab.

Di Caribbean, anggaran konservatif ialah 25 biji buah sepokok. Kajian di Barbados menunjukkan potensi yang agak baik bagi 6.7 hingga 13.4 tan setiap ekar (16-32 tan/ha). Buah Sukun sebesar sebiji bola sepak memiliki permukaan bergerutu dan setiap buah terbahagi kepada beberapa "achenes" yang dikelilingi "perianth" berisi dan tumbuh pada tangkai berisi. Sesetengah variati yang ditanam memiliki buah tanpa biji. Pokok Sukun berkait rapat dengan pokok Nangka.

Buah Sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur serta mempunyai ukuran garis pusat antara 10 hingga 30 sm. Pada kebiasaanya, berat buah adalah antara 1 hingga 3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.

Buah sukun yang kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Di samping itu, pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan daripada tepung atau kanji daripada sukun.

  • Pokok Sukun di Malaysia
  • Putik Sukun di Malaysia
  • Daun pokok Sukun di Malaysia
  • Buah Sukun di Malaysia
  • Buah Sukun di Tortuguero, Costa Rica
  • Batang pokok Sukun di Malaysia