Sukun
Sukun

Sukun

Pokok Sukun atau kulur, nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraccea. Dalam famili ini terdapat juga pokok lain seperti pokok Nangka dan pokok Cempedak. Pokok sukun yang dipercayai berasal dari Polynesia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain.Di Malaysia, buah sukun terdiri daripada dua variasi iaitu berbiji dan tanpa berbiji. Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.