Sulawesi
Sulawesi

Sulawesi

Sulawesi adalah salah satu daripada empat pulau besar di Indonesia, yang terletak di antara Borneo dan Kepulauan Maluku. Pulau Sulawesi berdiri di atas lahan seluas 227,654 km², terutama terdiri dari empat semenanjung panjang. Pulau ini terbahagi ke dalam enam provinsi, iaitu Sulawesi Barat, Sulawesi Utara, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Sulawesi Tenggara, dan Gorontalo. Sulawesi memiliki penduduk sejumlah 14,946,488 jiwa (banci 2000), iaitu kira-kira 7,25% daripada jumlah penduduk Indonesia.[1] Makassar ialah bandar terbesar di Sulawesi.