Sulfida

Dalam kimia inorganik, sulfida ialah kimia yang terbit daripada logam dengan keelektropositifan yang kuat dengan sulfur. Terdapat banyak sulfida logam boleh dilihat seperti garam hidrogen sulfida. Oleh kerana hidrogen sulfida ialah asid lemah, sulfida boleh dibahagi ke garam asid (HS−, bisulfida), garam biasa (S2−) dan polisulfida (Sn2−).Dalam kimia organik, sulfida (Bahasa Inggeris: sulfide) ialah kimia organik dengan atom sulfur yang berada dalam keadaan pengoksidaan -2. Bergantung pada keadaan tertentu, sulfida organik boleh merangkumi: tioeter (RSR), tiofenol/tiol (Ar/R-SH), tioaldehid (R-CSH), asid tiokarboksilik (S menggantikan satu atau dua O dalam karboksil seperti R-CO-SH, R-CS-SH) dan disulfida (RSSR).