Pemerintahan Sultan Sallehuddin

Sultan Kedah

Sebelum pemakaman Almarhum paduka kakanda baginda, Tuanku Sallehuddin, 75 tahun telah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 12 September 2017 bagi menggantikan kakandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat pada hari sebelumnya iaitu pada 11 September 2017.[11] Pengisytiharan itu diumumkan pada 1.55 tengah hari di Istana Anak Bukit oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.[12] Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.[13] Sejurus pengumuman itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali diikuti tiupan nafiri dan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.[14] Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Kedah yang baru dibuat Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah pada hari kemangkatan Almarhum paduka kakanda baginda.[15]

Tuanku Sallehuddin ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit pada 22 Oktober 2018. Sebaik selesai ditabalkan, baginda Sultan kini bergelar Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat Pertabalan baginda itu juga berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Kedah selepas kali terakhir istiadat yang sama diadakan pada 1959, iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah Ke-28.[16]

Berkaitan

Sultan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Sultan Muhammad V Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah

Rujukan

WikiPedia: Sultan Sallehuddin http://www.malaysiakini.com/news/366221/ http://www.orangkedah.com/biodata-ringkas-tunku-ma... http://www.bhplus.com.my/berita/wilayah/2018/03/39... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/nasional/tunku-salle... http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/16/t... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/15/r... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-sal... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/tunku-sall... http://www.utusanborneo.com.my/2017/09/12/raja-mud...