Sultan_Abdullah_Mu'adzam_Shah

Sultan Abdullah Mu'azzam Shah I adalah Sultan Kedah ke-17. Baginda merupakan putera kepada Sultan Atau’llah Muhammad Shah II dan Tengku MaheranPada 17 November 1698, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-17 dan bersemayam di Kota Bukit PinangBaginda bersama Jemaah menteri telah bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ibrahim sebagai Raja MudaRaja Muda Ibrahim telah membangunkan bandar Limbong dan bersemayam di Kota LimbongPada 17 Jun 1701, baginda telah memerintahkan Raja Muda Ibrahim untuk membuat suatu kawasan permakaman di Kota Limbong yang kini dikenali sebagai Makam Diraja LanggarBaginda bersama Jemaah menteri bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ishak sebagai Raja TemenggungBaginda amat mengambil berat hal ehwal dalam dan luar negeriBaginda telah membenarkan puteranya, Tengku Muhammad Jiwa ke luar negeri untuk merantauBaginda berada dalam keadaan kemasyghulan kerana rindu akan Tengku Muhammad Jiwa yang terlalu lama merantauTengku Muhammad Jiwa telah berguru dengan Tuan Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Ahmad Al Mahdani dan Hafiz SabPada 22 September 1706, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Kota Langgar atau Makam Diraja Langgar