Sultan_Abdullah_al-Mu’tassim_Billah_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Ahmad_al-Mu’azzam_Shah
Sultan_Abdullah_al-Mu’tassim_Billah_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Ahmad_al-Mu’azzam_Shah

Sultan_Abdullah_al-Mu’tassim_Billah_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Ahmad_al-Mu’azzam_Shah

Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah adalah Sultan Pahang moden ke-3. Baginda diputerakan pada hari Khamis, 12 Oktober 1874 Masihi bersamaan 25 Syawal 1296 Hijrah di istana ayahandanya dan bondanya Cik Kusuma Sokma binti Tok Minal Daeng Koro di Istana Diraja, Pekan Lama. Baginda merupakan putera ketiga Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali.Baginda telah dilantik menaiki takhta kerajaan Negeri Pahang setelah kemangkatan kekanda tiri baginda iaitu Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah. Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah pada bulan Mei 1919, di Balairung Seri Istana Seri Terentang, Pekan dengan penuh istiadat.Baginda juga amat meminati seni dan budaya di mana semasa pemerintahan Baginda, kegiatan seni dan budaya seperti joget dan gamelan sangat giat diadakan. Kegiatan sukan dan permainan tradisional Melayu juga sering diadakan seperti lumba perahu, menuba, memburu dan silat.Sultan Abdullah telah mangkat di Istana Kuning pada Rabu, 22 Jun 1932, jam 8:25 malam. al-Marhum Baginda dimakamkan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Sebelum al-Marhum Baginda dimakamkan, Yang Dipertua Adat Istiadat Negeri Pahang telah mengisytiharkan perlantikan putera Baginda, Tengku Abu Bakar iaitu Tengku Mahkota Pahang dilantik sebagai Sultan. Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah mangkat dengan meninggalkan tiga orang isteri iaitu Che Endut, Che Kalsum binti Abdullah dan Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin dengan sepuluh orang putera dan tujuh orang puteri.

Sultan_Abdullah_al-Mu’tassim_Billah_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Ahmad_al-Mu’azzam_Shah

Raja Muda Tengku Abu Bakar
Pemerintahan 19 Jun 1917 - 22 Jun 1932
Ayahanda Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali
Pasangan Che Endut
Che Kalsum Binti Abdullah
Che Wan Chantik Binti Wan Mohd Amin
Bonda Cik Kusuma Sokma binti Tok Minal Daeng Koro
Dimakamkan 23 Jun 1932
Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang, Pahang
Agama Islam
Kemangkatan 22 Jun 1932(1932-06-22) (umur 57)
Istana Kuning, Pekan, Pahang
Pengganti Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
Keputeraan (1874-10-12)12 Oktober 1874
Istana Diraja, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Pendahulu Sultan Mahmud Shah