Sultan_Haji_Omar_'Ali_Saifuddien_Sa'adul_Khairi_Waddien
Sultan_Haji_Omar_'Ali_Saifuddien_Sa'adul_Khairi_Waddien

Sultan_Haji_Omar_'Ali_Saifuddien_Sa'adul_Khairi_Waddien

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Sir Muhammad Jamalul Alam II (kemudian dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) merupakan Sultan Brunei ke-28, dan memerintah dari tahun 1950 hingga 1967. Baginda merupakan paduka adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran. Dari tahun 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Pada tahun 1947, baginda diarak menjadi Pengiran Bendahara. Pada tahun 1950, baginda naik takhta setelah kemangkatan paduka kekanda baginda. Pada tahun 1951, baginda berangkat menunaikan Fardu Haji buat kali pertama. Kemudian pada tahun yang sama, baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei Allah Peliharakan Sultan diakui secara rasmi. Pada tahun 1953, baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada tahun 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddin. Pada tahun 1959, Brunei mempunyai perlembagaannya sendiri yang digelar Perlembagaan Negeri Brunei 1959, yang mana menurut perlembagaan tersebut, Brunei menikmati berkerajaan sendiri dengan kembalinya kuasa memerintah negara diserahkan kembali kepada sultan sebagai pemerintah. Selain itu, jawatan Residen British dihapuskan dan diganti oleh jawatan Pesuruhjaya Tinggi British. Selepas itu, pada tahun 1954, baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei. Pada tahun 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Pada tahun 1959, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.Pada tahun 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1962, baginda berangkat menunaikan Fardu Haji kali kedua dan satu pemberontakan berlaku di Brunei. Pada tahun 1967, Brunei mengeluarkan mata wangnya sendiri. Baginda lebih 33 kali mencemar duli berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.Setelah 17 tahun memerintah, akhirnya pada 4 Oktober 1967, secara sukarela baginda turun dari takhta kerajaan, dan digantikan oleh putera sulung baginda, Hassanal Bolkiah.

Sultan_Haji_Omar_'Ali_Saifuddien_Sa'adul_Khairi_Waddien

Pemerintahan 4 Jun 1950 – 4 Oktober 1967
Ayahanda Muhammad Jamalul Alam II
Pasangan Dayang Siti Amin
Pengiran Anak Damit
Pengiran Bini Hajah Salhah
Bonda Raja Isteri Fatimah
Dimakamkan 8 September 1986
Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Agama Islam
Kemangkatan 7 September 1986/3 Muharam 1407
Istana Darussalam, Kampong Sumbiling, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Pengganti Hassanal Bolkiah
Keputeraan 23 September 1914/3 Zulkaedah 1332
Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Pendahulu Ahmad Tajuddin

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Haji_Omar_'Ali_Saifuddien_Sa'adul_Khairi_Waddien http://www.pelitabrunei.gov.bn/Arkib%20Dokumen/197... http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Dalam%20Ne... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p369483960 http://isni.org/isni/0000000054911951 https://www.idref.fr/152508678 https://id.loc.gov/authorities/names/n89177713 https://d-nb.info/gnd/120079704 https://viaf.org/viaf/62370006 https://www.wikidata.org/wiki/Q40512# https://www.worldcat.org/identities/containsVIAFID...