Sultan_Ibrahim_ibni_Sultan_Abu_Bakar

Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah (17 September 1873 - 8 Mei 1959) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-22, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.Baginda diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaidah binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi. Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September dan dimahkotakan pada 2 November.

Sultan_Ibrahim_ibni_Sultan_Abu_Bakar

Raja Muda Tunku Ismail
Pemerintahan 7 September 1895 - 8 Mei 1959
Ayahanda Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim
Pasangan Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abd Majid
Sultanah Rogayah
Che Puan Hasana Binti Dato' Ja'afar
Ungku Intan Binti Ungku Ahmad
Sultanah Helen Binti Abdullah (née Helen Bartholomew Wilson)
Sultanah Fawzia binti Abdullah (née Marcella Mendl)
Bonda Inche Besar Zubaidah Binti Abdullah (née Cecilia Catharina Lange)
Dimakamkan 6 Jun 1959
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Agama Islam
Kemangkatan 8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
Grosvenor House, London, England, United Kingdom
Tempat persemayaman Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Pengganti Sultan Ismail
Keputeraan (1873-09-17)17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Negeri-negeri Selat
Pendahulu Sultan Abu Bakar