Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail
Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi [1][2][3][4][5][γ][δ] (Tulisan Jawi: بڬيندا المتوكل على الله سلطان إسكندر ابن المرحوم سلطان اسماعيل الخالدي; - hayat 8 April 1932 - 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989.[ε] Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Pemerintahan Sultan Iskandar berlangsung selama hampir 29 tahun sehingga kemangkatannya pada 22 Januari 2010, di mana ia digantikan oleh anakanda sulungnya, Sultan Ibrahim. Anakandanya telah berkahwin dengan rumah kerajaan Malaysia yang berbeza. Anak sulung Baginda, Tunku Kamariah, Tengku Puan Laksamana, berkahwin dengan Tengku Laksamana dari Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Anak pengganti dan sulungnya, Sultan Ibrahim berkahwin dengan Keluarga Diraja Perak dengan berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah. Anak perempuannya, Tunku Azizah berkahwin dengan pewaris Pahang, Tengku Abdullah. Anak lelakinya, Tunku Abdul Majid berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8] Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.[9]Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra[10] dan pemurah.[11] Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,[12][13] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,[14] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.[15][16]Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud"[17][18][γ] atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada tahun 1981,[19][ζ] namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.[20]

Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Raja Muda Tunku Ibrahim Ismail
Pemerintahan 11 Mei 1981 - 22 Januari 2010
Ayahanda Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur
Pasangan Khalsom binti Abdullah (Josephine Ruby Trevorrow) (k. 1956; c. 1962)
Sultanah Zanariah Binti Tengku Ahmad Panglima Raja (k. 1961; b. 2010)
Bonda Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Dimakamkan 23 Januari 2010
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Agama Islam Sunni
Kemangkatan 22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tempat persemayaman Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Pengganti Sultan Ibrahim
Keputeraan (1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Pendahulu Sultan Ismail

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail http://www.capi.uvic.ca/pubs/oc_papers/GILLEN.pdf http://www.asiaone.com/Health/News/Story/A1Story20... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.everysingleplace.com/features/7576154-t... http://www.iht.com/articles/1992/12/15/mayl.php http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9A0... http://d.scribd.com/docs/1qk1gf12zfh2pc7brw49.pdf