Sultan_Ismail_Nasiruddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Zainal_Abidin

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah (24 Januari 1907 - 20 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dari Negeri Terengganu Darul Iman.Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang ke-14 dan memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979.Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu. Pada 15 November 1941, Baginda dilantik bagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Seri Setia Raja di Terengganu dan dikurniakan sembilan orang putera puteri. Putera sulung baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mahmud Al Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu yang seterusnya.Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu.Baginda kembali ke memerintah Terengganu pada 20 September 1970. Baginda memerintah Terengganu selama 34 tahun. Baginda mangkat di Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu pada 20 September 1979.

Sultan_Ismail_Nasiruddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Zainal_Abidin

Raja Muda Tengku Mahmud
Pemerintahan 16 Disember 1945 – 20 September 1979
Ayahanda Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad
Pasangan Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Hitam Omar (k. 1944; m. 1979)
Bonda Cik Maimunah binti Abdullah
Dimakamkan 21 September 1979
Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
Agama Islam Sunni
Kemangkatan 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Tempat persemayaman Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu
Pengganti Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Keputeraan (1907-01-24)24 Januari 1907
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Pendahulu Sultan Ali Shah