Sultan_Mansur_Shah

Sultan Mansur Shah (سلطان منصور شاه) (memerintah 1456Oktober 1477)[1] ialah gelaran kepada Raja Abdullah (راج عبد الله), baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Shah. Menurut Tome Pires yang menulis Suma Oriental:Mamsursa (Mansur Shah) mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang-orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara-perkara keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya.Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau sekitarnya. Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru. Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diberi percuma oleh Majapahit setelah Mansur Syah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.