Sultan_Mudzafar_Shah_I

Sultan Muzzafar Shah I atau Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II (mangkat 13 Safar 575 Hijrah, bersamaan 20 Julai 1179)[1] ialah Sultan Kedah yang pertama. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Maha Jiwa. Baginda dimasyhurkan sebagai Maharaja "Kalah" bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Bukit Mariyam (Permaisuri Duli Yang Maha Mulia Nagara Kedah Pasai Ma Benua Siam Islam, Me Rong Maha Wang Ser. Baginda sering berulang alik memantau wilayah jajahan Kalah (Kedah). Pada waktu ini, Sungai Babur telah bertukar nama kepada Sungai Merbuk manakala Kuala Babur "arti pintu" (Kuala Merbuk). Pada Masihi 1136,Syikh Abdullah Al Qumairi serta 11 orang pengikutnya belayar menaiki baghalah iaitu sejenis kapal layar dari Kawasan As-Shir,Yaman. Beliau telah tiba di Kuala Sungai Merbuk dan mengadap baginda di Istana Bukit Mariyam(Permaisuri Syarifah Mariam ;nama siamnya"Pi Nang Tung Gal") Beliau berdakwah tentang Ugama Islam serta jalan bersandar (syariat), hukum-hakam kepada baginda dan jemaah menteri. Dengan rahmat Allah taala, baginda bersama jemaah menteri telah bermuafakat untuk memeluk agama Islam di hadapan Syeikh Abdullah Al Qumairi. Baginda juga berkenan menukar nama diri dan negeri atas nasihat beliau. Syeikh Abdullah bangkit menjunjung duli dan menunaikan solat sunat.Sebaik melakasanakan, beliau menyeru "Daulat Tuanku Zillullah Fil Alam As Sultan Mad Zaffar Shah" sebanyak tiga kali. Kalaha bertukar nama kepada Kedah Darul Aman. Syikh Abdullah juga menyarankan agar alunan Nobat dipukul dan ditalu setiap kali masuknya waktu solat fardhu. Suatu hari, Syeikh Abdullah memohon perkenan baginda untuk membina sebuah menara azan di atas pusat Gunung Jerai bagi mengalun kebesaran Allah. Baginda berkenan saran Syikh Abdullah dan perintah orang suruhan membina menara tersebut. Ketika proses pembinaan, Syikh Abdullah jatuh gering lalu meninggal dunia. Jenazah Syikh Abdullah disemadi di pusat Gunung Jerai. Setelah baginda melawat kubur Al Marhum Syikh Abdullah, berangkat pulang ke istana dengan penuh kemasyghulan yang mendalam. Pandangan lain, baginda menitahkan Tengku Mad Azzam untuk mentadbir Kota Palas,Langkawi dan Wang Tepus di bahagian utara Kedah, Paduka Seri Laksamana Raja Sulaiman (Raja Daerah Pulau Langkawi hingga ke Kuala Perai) bagi perairan laut dan Raja Muda Mahmud (Kota Ulu, Padang Terap) bagi timur Nagara Kedah. Pada Masihi 20/6/1179, baginda mangkat akibat kegeringan dan dikubur di Perkuburan Diraja Langgar Kota Bukit Mariyam.