Sultan_Mudzaffar_Shah_III

Sultan Mudzaffar Shah III ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah ialah Sultan Perak ke-13 yang telah memerintah mulai 1728 sehingga 1754.[1] Baginda dimakamkan di Bota Kanan.[2]Lahir sebagai Raja Inu, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mughayat Shah. Selepas kemangkatannya pada 7 Zulkaedah 1167, baginda diwarisi pula anakanda saudaranya Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Shah.[1][3]Semasa pemerintahan baginda, orang-orang Bugis yang diketuai oleh Yam Tuan Riau ke-2, Daeng Chelak telah datang menyerang, hingga negeri Perak berpecah dua. Mereka mengangkat adinda baginda, Yang di-Pertuan Muda Muhammad Shah menjadi Sultan, bergelar Sultan Muhamad Shah. Maka antara 1742 hingga 1743, Sultan Mudzaffar Shah III memerintah utara Perak dan Sultan Muhamad Shah memerintah selatan Perak. Tetapi tidak beberapa lama kemudian kedua adik-beradik berbaik semula dan memerintah bersama.[1]