Sultan_Muhammad_IV
Sultan_Muhammad_IV

Sultan_Muhammad_IV

Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III atau Tuan Long Senik ialah putera Long Kundur (Sultan Muhammad III). Baginda diputerakan pada 23 Mei 1870 oleh bondanya, Tengku Ampuan Kelantan Tengku Sofia binti Raja Long Putih Pattani. Baginda dilantik menjadi Tengku Sri Indra Mahkota pada tahun 1890 dan seterusnya ke jawatan Raja Muda Kelantan pada 25 Julai 1898 oleh ayahanda saudaranya, Sultan Mansur. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1900 [1] menggantikan ayahanda saudaranya dengan gelaran Raja dan Yang Di-Pertuan Kelantan tetapi hanya mula memakai gelaran Sultan, pada tahun 1910, setelah menandatangani perjanjian dengan British untuk mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kelantan dengan syarat baginda menerima Penasihat British.[2]. Baginda memerintah sehingga tahun 1920.[3].Dalam zaman pemerintahan baginda Kelantan mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang rohani dan jasmani yang menuju kearah permodenan, dengan sistem pemerintahan yang lebih demokrasi, kemas dan teratur dengan pembukaan pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah yang menjadi asas yang kukuh untuk Kelantan berkembang maju di zaman-zaman berikutnya.

Sultan_Muhammad_IV

Raja Muda Tiada
Pemerintahan 9 Februari 1900 - 23 Disember 1920
Ayahanda Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad
Pasangan m. (first) 1888, H.H. Sultana Zainab binti Muhammad Amin (b. 1877; d. at the Istana, Kota Bharu, 23rd July 1928, bur. Royal Cemetery, Kampung Langgar), née Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin, crowned as Sultana at Istana Balai Besar, Kota Bharu, 15th February 1916, daughter of Nik Wan Muhammad Amin bin Wan ‘Abdu’l gallaran Ngah. m. (second) Cik Jarah binte Encik Yusuf. m. (a) (repud. before 1907) Wan Serang Bulan
Bonda Tengku Sofia binti al-Marhum Tengku Putih
Dimakamkan Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya British
Agama Islam
Kemangkatan 23 Disember 1920(1920-12-23) (umur 50)
Istana, Kota Bharu, Kelantan, Malaya British
Pengganti Sultan Ismail
Keputeraan (1870-05-23)23 Mei 1870
Kota Bharu, Kelantan, Malaya British
Pendahulu Sultan Mansur