Sultan_Muhammad_Kanzul_Alam
Sultan_Muhammad_Kanzul_Alam

Sultan_Muhammad_Kanzul_Alam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I merupakan Sultan Brunei ke-21 memerintah dari tahun 1807 hingga tahun 1822. Sebelum menjadi sultan, baginda dikenali sebagai Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.Baginda menjadi wakil Sultan Muhammad Tajuddin untuk membantu memelihara Brunei selepas kemangkatan putera baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Pada tahun 1821, baginda mengeluarkan dan menurunkan wang pitis ke padian.Baginda mengeratkan hubungan persahabatan dengan Sepanyol di Manila. Pada tahun 1809, Si Merah datang ke Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud. Kerana kejayaannya, diarak menjadi 'Pengiran Pemancha'.Baginda jugalah yang berjaya menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada kandangnya. Pada tahun 1823, utusan Belanda datang ke Brunei. Pada zaman baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota dan dititahkan memerintah Sarawak.Tempoh tamat pemerintahan baginda kurang diketahui dan kurang diyakini, namun dipercayai selepas tahun 1822, baginda mungkin turun dari takhta kerajaan dan menjadi Pengiran Di-Gadong dan Pemangku Sultan, ataupun baginda mungkin mangkat selepas 28 April 1822.