Sultan_Muzzil_Shah

Sultan Muzzil Shah adalah Sultan Kedah ke-4. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad ShahPada 13 Januari 1237, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-4 dan bersemayam di Kota Bukit MariamPada 29 September 1237, baginda bersama jemaah menterinya telah berhijrah ke Kota Sungai Emas untuk bersemayam di sanaBaginda menyerahkan Kota Bukit Meriam kepada Dato’ Seri Paduka Anugerah Dewa untuk menjagakannyaBaginda memberi perintah kepada Dato’ Lela Putra untuk menjaga Kuala Perai dan sekitarnyaKetika baginda memerintah, orang-orang dari Pulau Sumatera, Jawa dan India mula masuk ke Kedah untuk menetap dan membuka perniagaan di siniMaka berlaku pertambahan penduduk di Kedah dari seberang Sungai Merbok hingga ke kaki Gunung JeraiTahun 1239, baginda membuka kawasan baharu dari Sungai Derap (Dedap) hingga ke Bukit Penjara, Kuala Sungai MerbokPada 17 Ogos 1280, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Sungai Emas