Sultan_Perak
Sultan_Perak

Sultan_Perak

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri.Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffa dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak. Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Bendahara Abdul Jalil dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.[1]Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya susur galur dari Kesultanan Siak.Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[2]

Berkaitan

Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Sultan Muhammad V Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan