Sultan_Rijaluddin_Muhammad_Shah

Sultan Rijaluddin Muhammad Shah adalah Sultan Kedah ke-13.Baginda merupakan putera kepada Sultan Sulaiman Shah II dan Che Puan Paduka Bonda Che RatnamalaPada 7 April 1626, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-13 dan bersemayam di Kota SiputehRaja Panglima Rantau dan Raja Panglima Alam telah memohon limpah perkenan baginda untuk pulang semula AcehBaginda memperkenankan permohonan mereka dan diberi surat untuk dipersembahkan kepada Sultan AcehPada 3 Ogos 1626, baginda bersama kaum kerabat dan jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Naga untuk bersemayam di sanaBaginda menyerahkan Kota Seputeh kepada Dato’ Setia Raja dan Dato’ Johan Pahlawan untuk menjagakannya•Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menterinya untuk mengorek suatu sungai dari Kuala Sungai, Alor Janggus tembus ke Sungai Gunung yang dikenali sebagai Sungai BaruPada 17 Mei 1628, Raja Bendahara Uthman telah mangkat dan dimakamkan di Langgar Kota NagaPada 12 Disember 1650, 2 orang jeragan kapal bangsa Portugis telah berjumpa dengan Raja Laksamana untuk menjual meriamPada 15 Disember 1650, Raja Laksamana dan 2 orang jeragan Portugis telah mengadap baginda untuk mempersembahkan urusan pembelian meriam ituPada 29 Disember 1651, sebuah kapal Belanda masuk ke Kedah untuk membuka perniagaanPada 4 Oktober 1652, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Naga