Summer_Night_Town
Summer_Night_Town

Summer_Night_Town

Summer Night Town (サマーナイトタウン) merupakan album single kedua dari kumpulan J-pop, Morning Musume. Single ini dipasarkan pada 27 Mei 1998 dibawah label zetima dengan nombor katalog EPDE-1003 dalam bentuk CD 8 cm. Single ini telah dipasarkan semula dalam bentuk 12 cm CD (EPCE-5314) dalam Morning Musume EARLY SINGLE BOX pada 15 Disember 2004. Natsumi Abe merupakan penyanyi utama dalam lagu ini. Single ini adalah single pertama bagi anggota kumpulan generasi kedua Morning Musume: Yaguchi Mari, Yasuda Kei & Ichii Sayaka.Coconuts Musume telah menyanyikan semula lagu ini dalam versi Bahasa Inggeris sebagai single pertama mereka, Halation Summer / Summer Night Town (English Version). Lagu ini juga telah dinyanyikan oleh kumpulan Morning Musume Otome Gumi dalam single mereka Yuujou ~Kokoro no Busu niwa Naranee!~.

Summer_Night_Town

Dikeluarkan pada 27 Mei 1998 (1998-05-27) (Jepun)
Penerbit Tsunku
Penulis Tsunku
Format Album single
Genre J-pop
Syarikat zetima