Sungai_Baram
Sungai_Baram

Sungai_Baram

Sungai Baram ialah sebatang sungai sepanjang 400 km terletak di negeri Sarawak, Malaysia Timur di pulau Borneo. Sungai ini berasal dari timur iaitu dari Banjaran Iran dan mengalir arah barat melalui hutan hujan tropika ke dalam Laut China Selatan. Dalam peta terletak pada koordinat 4° 35' 0" Utara, 114° 58' 0" Timur.Lembangan Sungai Baram telah menjadi sebahagian Sarawak sejak ia diserahkan kepada Rajah Putih Sarawak oleh sultan Brunei pada 1882, sebidang kawasan besarnya 10,000 batu persegi (30,000 km2), untuk bayaran tahunan 6000 dollar[1]. Sungai ini diseberang tidak jauh dari muaranya oleh Lebuhraya Miri-Baram, Laluan Persekutuan , melalui Jambatan Batang Baram yang dibuka pada 2003. Lebih kurang 100 km hulu sungai terletaknya pekan Marudi.Sungai ini juga dikenali di kebanyakan tempat di Borneo sebagai Batang Baram, sama seperti sungai-sungai lain di pulau itu seperti Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain.