Sungai_Buaya

Kampung Sungai Buaya terletak 10 km dari Bandar Banting. Terletak dalam Mukim Bandar Jugra. Kampung berhampiran ialah Kampung Bandar, Chodoi dan Kampung Permatang Pasir. Tempat yang menarik berhampiran ialah Istana Bandar, Masjid Sultan Allauddin dan Makam Sultan Abdul Samad.Penduduk sekitar 5000 orang. Majoriti bangsa Melayu. Kegiatan ekonomi ialah pertanian terutama kelapa sawit. Ramai penduduk bekerja di kilang perusahaan di Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang dan di Bandar Banting.Terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Rendah Tamil. Kemudahan lain ialah masjid, balai raya dan yayasan anak yatim.Sebagai makluman terdapat sekurang-kurangnya dua tempat bernama Sungai Buaya di Negeri Selangor iaitu di Daerah Kuala Langat (Banting)dan di Daerah Hulu Selangor (Bukit Beruntung).