Sungai_Burong

Sungai Burong terletak di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia dan berada dalam daerah Kuala Selangor iaitu di tepi jalan raya utama yang menghubungkan antara Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Sungai Burung bukanlah sebuah bandar, tapi sebuah pekan atau bandar kecil sahaja namun antara yang menyerlah di Tanjung Karang. Sebuah sungai dikenali sebagai Sungai Burung mengalir di sini lalu membentuk rupa bumi kawasan ini.
Sungai Burung merupakan kawasan pertanian yang dahulunya ditanam dengan padi dan kelapa. Kini di sebelah barat banyak ditanam dengan kelapa sawit manakala di sebelah timur masih mengekalkan penanaman padi. Banyak saliran atau terusan dibina bagi tebusguna tanah paya yang luas di sebelah barat. Di tepi-tepi jalan terdapat gerai menjual buah mempelam, jagung dan lain-lain. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual siput mentarang.Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum tetapi penduduk Melayu keturunan Jawa ramai mendiami kawasan ini. Mereka berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang terkenal dengan konsep Monoteisme sebagai agama yang masih suci dan terpelihara hingga ke hari ini dari sebarang penyelewengan akidah.