Sungai Indus {
bahasa Hindi dan
Sanskrit: सिन्धु;
bahasa Urdu: سندھkod: urd digalakkan ke kod: ur Sindh;
bahasa Sindhi: سنڌوkod: snd digalakkan ke kod: sd Sindhu;
bahasa Punjabi (Shahmukhi: سندھ, Gurmukhi: ਸਿੰਧੂ) Sindhu;
bahasa Parsi: حندوkod: fas digalakkan ke kod: fa Hindu;
bahasa Pashto: ّآباسنkod: pus digalakkan ke kod: ps Abasin "Bapa Sungai";
bahasa Tibet: Sengge Chu "Sungai Singa";
bahasa Cina: 印度 Yìndù;
bahasa Yunani: Ινδός Indos} ialah
sungai terpanjang dan paling penting di
Pakistan. Sungai Indus ialah sungai terpanjang dan ketiga terbesar dari segi aliran tahunan di
benua kecil India. Pihak British menggunakan nama 'India' untuk seluruh benua kecil ini sempena nama sungai ini. Tasik ini berpunca dari
penara Tibet di kawasan sekitar
Tasik Mansarovar, mengalir melalui daerah
Ladakh di
Jammu & Kashmir dan
Kawasan Utara, diikuti kawasan
Pakistan Utara ke arah selatan sepanjang kepanjangan negara, hingga ke
Laut Arab berhampiran bandaraya pelabuhan
Karachi. Jumlah kepanjangan sungai ini berukuran 3,180 kilometer (1,976 batu). Sungai ini meliputi kawasan saliran berjumlah lebih 1,165,000 kilometer persegi (450,000 batu persegi). Aliran tahunan sungai ini dianggarkan sekitar 207 kilometer padu. Dari puncak-puncak dunia yang dilitupi
glasier, sungai ini menyuburkan
ekosistem of hutan iklim sederhana,
dataran dan kawasan luar bandar yang gersang. Bersama sungai-sungai
Chenab,
Ravi,
Sutlej,
Jhelum,
Beas serta
Sungai Sarasvati yang sudah lenyap, Sungai Indus membentuk
delta Sapta Sindhu ("Tujuh Sungai") di wilayah
Sindh, Pakistan. Sungai Indus mempunyai 20 cawang utama. Sungai Indus menyalurkan sumner air utama untuk
ekonomi Pakistan - terutamanya punca rezeki
wilayah Punjab yang menyumbang kepada kebanyakan penghasilan negara pertanian, dan juga
Sindh. Perkataan "Punjab" adalah gabungan perkataan
bahasa Parsi iaitu panj (پنج, "lima"), dan āb (آب, "air"), maka erti harfiahnya adalah "Bumi Lima Sungai". Lima batang sungai yang menyumbang kepada nama Punjab ialah
Sungai Beas,
Jhelum,
Chenab,
Ravi dan
Sutlej. Sungai ini juga menampung banyak industri berat serta menyediakan bekalan utama
air boleh diminum di Pakistan. Punca mutlak Sungai Indus terletak di
Tibet; sungai ini bermula di kuala sungai Sengge dan Gar yang menyaluri banjaran gunung Nganglong Kangri dan Gangdise Shan. Kemudian, Sungai Indus mengalir ke arah barat laut melalui
Ladakh-
Baltistan ke
Gilgit di selatan banjaran
Karakoram. Anak-anak sungai Shyok, Shigar dan Gilgit membawa air glasier ke dalam sungai utama. Sungai Indus melengkung landai ke arah selatan, keluar dari bukit-bukit antara
Peshawar dan
Rawalpindi. Sungai Indus melalui gaung-gaung gergasi setinggi 4,500-5,200 meter (15,000-17,000 kaki) berhampiran
massifNanga Parbat. Sungai Indus mengalir dengan deras merentasi Hazara, lalu menemui Takungan Reservoir.
Sungai Kabul bergabung dengannya berhampiran
Attock. Saki-baki alirannya ke laut berada di dataran-dataran
Punjab dan
Sindh, di mana sungai semakin perlahan dan amat tersirat alirannya, digabung dengan
Sungai Panjnad di
Mithankot. Selepas kuala ini, sungai ini, pada satu ketika, bergelar
Sungai Satnad (sat = tujuh, nadi = sungai), kerana sungai ini kini membawa air-air sungai Kabul, Indus dan lima sungai Punjab. Selepas merentasi
Jamshoro, Sungai Indus berakhir di sebuah delta besar di timur
Thatta. Sungai Indus merupakan salah satu daripada sebilangan kecil sungai di dunia yang mempunyai
bena. Sistem Indus banyak disuap oleh salji dan glasier Karakoram,
Hindu Kush dan rantau-rantau Himalaya Tibet, Kashmir dan
Kawasan Utara Pakistan. Aliran sungai ini juga dipengaruhi musim, iaitu banyak menurun ketika musim sejuk, dan melimpahi tebing-tebingnya pada bulan-bulan
monsun dari bulan Julai hingga September. Juga terdapat bukti anjakan yang tetap sepanjang aliran sungai sejak zaman prasejarah - sungai ini menyimpang ke arah barat dari mengalir ke
Rann Kutch.